XRC MOTORSPORT TOWING SERVICES


MILIKAN :
XRC MOTORSPORT SERVICES adalah 100% milikan tunggal bumiputera yang berpusat di Kajang dan Puchong ,sedang berkembang aktif didalam bidang tundaan kenderaan rosak,kemalangan,memberi bantuan jump start bateri,menukar tayar dan menghantar minyak ketika anda memerlukan bantuan tidak mengira waktu siang atau malam,segalanya pasti akan kami lunaskan sebaik mungkin.
para pemandu dan pekerja juga adalah 100% bumiputera yang terlatih dan berbudi bahasa demi memastikan service kami adalah yang terbaik.
pemilik syarikat ini berumur 35tahun (2016) berasal dari keramat (kuala lumpur) sudah menceburi pelbagai jenis perniagaan , kini menceburi bidang menarik dan menunda kenderaan.kekuatan kami ialah sikap rajin,iklas dan amanah yang diterapkan kepada semua tenaga petugas kami untuk memastikan setiap pekerjaan dan bantuan didalam keselesaan dan professional.
pemantauan dari pihak atasan kami secara konsisten untuk melihat dan memperbaiki setiap kelemahan bagi menggerakan perusahaan ini pada tahap kualiti yang sangat baik demi memacu nama syarikat ke tahap yang membanggakan seperti yang dicitakan.
​
selain perniagaan ini XRC MOTORSPORT juga mempunyai perniagaan lain iaitu kedai barangan RC (radio control / toys) yang bertempat di kajang dikenali dengan nama XRC HOBBY CENTRE sudah beroperasi sejak tahun 2009 yang menawarkan jualan permainan alat kawalan jauh dan juga litar dalaman (indoor track) untuk kereta kawalan jauh berskala 1/10 (drift).bukan itu sahaja XRC HOBBY juga menjual pelbagai jenis gajet,jam tangan digital,peralatan rumah,peralatan pertukangan,sound sistem dan pelbagai lagi
untuk melihat lebih lanjut berkenaan XRC HOBBY CENTRE sila klik pautan dibawah, sila buat pilihan untuk ke website atau ke facebook page..

HUBUNGI KAMI


BERSEDIA DAN LOKASI PERJALANAN :
​
petugas kami sentiasa bersedia 24jam demi memastikan bantuan dapat diberikan secepat mungkin,berbekalkan 4buah carrier 5 Tan , 2 buah Towing masing-masing 1Tan dan runner bermotorsikal yang akan membantu anda ketika kecemasan.
kami juga bersedia untuk menjalankan tugas diluar kawasan lembah kelang dan bergerak keseluruh semenanjung malaysia mengikut permintaan para pelanggan kami .
petugas-petugas kami sentiasa berada didalam lingkungan perjalanan di
Lembah Kelang - Jalan Ipoh - Bukit Jalil - Mex Highway - Puchong - Sg. Besi - Seri Petaling - Cheras - Ampang - Kesas Highway - Putrajaya - Cyberjaya - sepang - Dengkil - Seremban Highway - Kajang - Bangi dan kawasan-kawasan sekitar yang berhampiran dan sentiasa bersedia membantu anda.
